PHUKET: Seekor ular yang 'tersesat' memasuki sebuah kapal terbang mencetuskan panik seluruh penumpang dalam sebuah pesawat semasa melakukan perjalanan dari Bangkok ke pulau peranginan Phuket, Thailand.
Insiden yang berlaku pada Sabtu lalu menyaksikan seekor ular ditemui merayap atas kepala penumpang dan video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @wannabnailssalon telah tular di media sosial.
Semasa kejadian iaitu ketika pesawat mendarat, seorang penumpang menjerit dan memberitahu terdapat seekor ular merayap atas kepalanya sehingga mencetuskan panik dalam pesawat itu.
Dalam klip video itu, seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.
Bagaimanapun, usaha itu gagal dan dia berjaya menangkapnya dengan memasukkannya ke dalam beg plastik.
Selepas video itu tular, ramai netizen memuji pendekatan pembantu kapal yang kelihatan tenang mengendalikan penangkapan ular itu manakala yang lain mempersoalkan bagaimana reptilia tersebut memasuki pesawat.
Segelintir netizen mengandaikan ular tersebut berbisa manakala sebaliknya membuat spekulasi bahawa ular yang dipercayai diseludup penumpang tidak berbisa sama sekali.
Sebelum ini, seekor ular ditemui dalam sebuah bas di Bangkok sehingga menarik perhatian ramai apabila segelintir kaki nombor ekor mencari nombor kenderaan itu dengan tujuan berjudi. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Jan 18 2024
Foto tular yang menunjukkan seekor ular merayap atas kepala penumpang dalam pesawat penerbangan dari Phuket.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Cuaca panas: APM Kelantan tangkap lebih 1,000 ekor ular pelbagai spesies
Faktor cuaca panas dan kering menyebabkan reptilia berbisa itu keluar daripada habitat asal dan bersembunyi di kawasan yang lebih sejuk.
APM terima peningkatan panggilan berkaitan ular sepanjang El Nino
Jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena.
Ular masuk pesawat ke Bangkok
Seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.
Kejohanan tenis Brisbane International terhenti seketika ekoran ular berbisa
Insiden itu berlaku ketika perlawanan antara Dominic Thiem dan James McCabe sedang berlangsung.
Skuad King Cobra wira rakyat tangkap ular
Sebut sahaja ular, pasti ramai yang bukan sahaja berasa takut tetapi juga geli dengan reptilia yang satu ini.
MAA tegur tindakan pelakon terkenal letak ular atas sangkar kucing
MAA menegur tindakan seorang pelakon bergelar Datuk yang memaparkan dirinya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing melalui satu siaran langsung di Instagram milik selebriti itu.
22 ular dirampas daripada wanita yang tiba dari KL di Lapangan Terbang Chennai
Penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.
APM tangkap ular tedung hitam di rumah PM Anwar
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang malam ini.
Nyaris terpijak ular ketika bersantai di pantai
Dia turut memuat naik gambar penemuan ular itu di laman sosial supaya lebih ramai yang berhati-hati ketika berkunjung ke pantai.
Bangkok kota ular?
Petugas talian kecemasan di negara itu menerima panggilan untuk menangkap atau mengalihkan ular setiap 15 minit dalam sehari.