awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Umpama hantaran baton dari generasi terdahulu untuk lakar sejarah' - Harris

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2021
04:16 MYT
'Umpama hantaran baton dari generasi terdahulu untuk lakar sejarah' - Harris
Kata Harris, ini masanya untuk generasi kini menggunakan inspirasi perjuangan generasi terdahulu dalam melakar sejarah yang lebih baik. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris berkata tiba masanya untuk generasi kini di negara itu menggunakan inspirasi perjuangan generasi terdahulu dalam melakar sejarah yang lebih baik.
Kata-kata itu disampaikan Harris sewaktu berucap sempena sambutan bulan Black History di White House pada Sabtu.
Harris, 56, bukan sahaja merupakan Naib Presiden wanita pertama AS tetapi merupakan bangsa kulit hitam pertama yang menjawat jawatan itu.
Selain itu beliau juga individu berketurunan Asia selatan pertama yang menggalas peranan itu.
“Ketika kita mengingati kisah mereka, kita juga menyedari bahawa kita adalah bahagian daripada cerita itu dan kita akan tentukan bagaimana bab seterusnyayang akan tertulis.
“Dengan kata lain, saya memikirkan sejarah dalam konteks perlumbaan berganti-ganti, berganti dengan setiap generasi menjalankan haluan mereka dan kemudian menyerahkan baton ke peringkat seterusnya.
“Oleh itu, baton itu kini berada di tangan kita dan yang penting ialah sejauh mana kita melaksanakan tanggungjawab kita diperlumbaan itu,” katanya.
Harris turut meminta semua untuk melihat detik itu dengan jelas dan berkata benar tentang apa yang dilihat.
“Ia dapat dilakukan dengan mengetahui bahawa yang sering bercakap benar boleh membuat orang tidak selesa.
“Bercakap benar sering sukar kerana ada perkara yang tidak mahu dilihat atau didengar orang, tetapi kebenaran mesti diungkapkan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#AS
#White House
#Asia
#wanita
#presiden
#Kamala Harris
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan