Skip to main content

Dunia

UNESCO sedia hantar misi ke Iran nilai kerosakan akibat serangan AS-Israel

People stand near damaged buildings, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, in this still image obtained from a handout video released on April 1, 2026. Iranian Red Crescent Society/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. NO RESALES. NO ARCHIVES VERIFICATION: Buildings, road layout and trees matched satellite imagery Coordinates of damaged buildings 35.688820591912396, 51.25608781731887 Exact time not verified but no older version of the video
Iran menjangkakan pakar organisasi PBB akan datang untuk menilai kerosakan yang disebabkan oleh serangan AS dan Israel. - Reuters

MOSCOW: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memberitahu RIA Novosti pada Rabu, pihaknya bersedia untuk menghantar misi teknikal ke Iran bagi menilai kerosakan yang disebabkan oleh serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, sekiranya keadaan keselamatan mengizinkan. 

Awal minggu ini, Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Iran untuk UNESCO Hassan Fartousi berkata kepada RIA Novosti, Iran menjangkakan pakar organisasi PBB akan datang untuk menilai kerosakan yang disebabkan oleh serangan AS dan Israel.

Advertisement

"UNESCO memantau teliti keadaan dan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa negara yang berkaitan. Pertubuhan menzahirkan kesediaannya untuk melaksanakan misi teknikal sebaik keadaan keselamatan mengizinkan," menurut pertubuhan itu.

Hal itu mungkin meliputi bantuan teknikal dalam penilaian kerosakan, pemuliharaan dan pemulihan, mendapatkan dana daripada Yayasan Warisan Dunia dan mekanisme bantuan kecemasan antarabangsa, serta penglibatan kepakaran antarabangsa, tambah pertubuhan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video