awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNICEF beri amaran kes malnutrisi kanak-kanak di Gaza semakin membimbangkan

Bernama
Bernama
12/09/2025
20:15 MYT
UNICEF beri amaran kes malnutrisi kanak-kanak di Gaza semakin membimbangkan
Rakyat Palestin menunggu untuk menerima makanan daripada sebuah dapur amal di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, 21 Ogos 2025. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa kadar malnutrisi kanak-kanak di Semenanjung Gaza meningkat pada tahap membimbangkan, dengan data terbaharu menunjukkan paras malnutrisi akut teruk yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kalangan kanak-kanak yang disaring pada Ogos.
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Khamis, UNICEF melaporkan kadar keseluruhan di Gaza meningkat kepada 13.5 peratus bulan lalu, berbanding 8.3 peratus pada Julai. Di Bandaraya Gaza - tempat kebuluran telah disahkan - 19 peratus kanak-kanak yang dirawat mengalami malnutrisi teruk, berbanding 16 peratus pada Julai.
Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell berkata seorang daripada lima kanak-kanak di Bandaraya Gaza didiagnosis dengan malnutrisi akut teruk pada Ogos dan memerlukan sokongan pemakanan kecemasan serta menyelamatkan nyawa yang disediakan UNICEF.
Beliau menyatakan bahawa walaupun UNICEF berjaya membawa lebih banyak bekalan ke Gaza, peningkatan serangan ketenteraan Israel telah memaksa kira-kira 10 pusat pemakanan ditutup, sekali gus menjadikan kanak-kanak semakin terdedah.
Russell menegaskan keperluan mendesak untuk melindungi perkhidmatan nutrisi di Bandaraya Gaza dan di seluruh Semenanjung Gaza, sambil menambah: "Tiada kanak-kanak sepatutnya menderita akibat malnutrisi yang boleh dicegah dan dirawat apabila kita mempunyai akses selamat untuk menyalurkan bantuan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNICEF
#Gaza
#malnutrisi kanak-kanak
#Catherine Russell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan