awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa

Bernama
Bernama
14/12/2024
13:45 MYT
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
Russell berkata, dunia tidak boleh berpaling apabila begitu ramai kanak-kanak terdedah kepada pertumpahan darah, kelaparan, penyakit, dan kesejukan setiap hari. - Gambar/ AP
ISTANBUL: Ketua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Catherine Russell, menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
“Dunia tidak boleh berpaling apabila begitu ramai kanak-kanak terdedah kepada pertumpahan darah, kelaparan, penyakit, dan kesejukan setiap hari,” kata Russell dalam satu kenyataan.
“Kami mendesak semua pihak dalam konflik ini, dan mereka yang mempunyai pengaruh ke atasnya, untuk mengambil tindakan tegas bagi menamatkan penderitaan kanak-kanak, membebaskan semua tahanan, memastikan hak kanak-kanak dilindungi, dan mematuhi kewajipan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.
Beliau memaklumkan bahawa 33 orang, termasuk sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak, dilaporkan terbunuh pada Khamis dalam satu lagi serangan dahsyat ke atas Kem Nuseirat di tengah Gaza.
“Keganasan terkini ini menambah angka yang amat membimbangkan iaitu lebih 160 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Gaza dalam tempoh lebih sebulan sedikit. Ini bermakna secara purata, empat kanak-kanak terbunuh setiap hari sejak awal November,” katanya.
Russell menekankan bahawa dalam tempoh 14 bulan terakhir, lebih 14,500 kanak-kanak dilaporkan terbunuh, dan hampir semua daripada 1.1 juta kanak-kanak di Gaza memerlukan perlindungan dan bantuan kesihatan mental dengan segera.
“Tidak ada tempat yang selamat di Gaza, mahupun rasa kestabilan bagi kanak-kanak, yang kekurangan keperluan asas seperti makanan, air bersih, bekalan perubatan, dan pakaian tebal ketika suhu musim sejuk terus menurun,” kata Russell.
“Penyakit yang boleh dicegah terus merebak dengan cepat, termasuk lebih 800 kes hepatitis dan lebih 300 kes cacar air,” katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Gaza
#kekejaman israel
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan