awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNICEF keluar amaran krisis malnutrisi kanak-kanak semakin meruncing susulan kekurangan dana

Bernama
Bernama
28/03/2025
12:30 MYT
UNICEF keluar amaran krisis malnutrisi kanak-kanak semakin meruncing susulan kekurangan dana
UNICEF memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 14 juta kanak-kanak di seluruh dunia sedang menderita akibat malnutrisi. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 14 juta kanak-kanak di seluruh dunia sedang menderita akibat malnutrisi dan berdepan gangguan terhadap bantuan makanan penting, berikutan pengurangan bajet bantuan oleh penderma utama antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sebagai tindak balas kepada krisis ini, UNICEF menggesa kerajaan dan organisasi kebajikan untuk menyumbang kepada Dana Pemakanan Kanak-Kanak bagi mencegah potensi kebuluran daripada bertambah buruk.
Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell berkata kemajuan yang signifikan telah dicapai dalam usaha memerangi kelaparan kanak-kanak sejak permulaan abad ini, tetapi memberi amaran bahawa pencapaian itu berisiko untuk berakhir.
"Pemakanan yang baik adalah asas kepada daya tahan dan perkembangan kanak-kanak, dengan pulangan pelaburan yang luar biasa," kata Russell dalam satu kenyataan.
"Pulangan ini akan diukur dalam bentuk keluarga, komuniti, dan negara yang lebih kuat, menyumbang kepada dunia yang lebih stabil," katanya.
Beliau turut menekankan bahawa kekurangan dana semasa berlaku pada masa keperluan yang belum pernah terjadi sebelumnya bagi kanak-kanak, yang masih bergelut dengan tahap perpindahan yang tinggi, konflik yang berterusan dan berpanjangan, wabak penyakit, serta kesan maut perubahan iklim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNICEF
#amaran
#krisis malnutrisi kanak-kanak
#Catherine Russell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan