awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
Jabatan Negara AS batalkan lebih 100,000 visa dalam setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNWRA perlu 160,000 liter bahan api setiap hari untuk beroperasi di Gaza

Bernama
Bernama
18/11/2023
06:45 MYT
UNWRA perlu 160,000 liter bahan api setiap hari untuk beroperasi di Gaza
UNRWA memainkan peranan penting sebagai agensi utama PBB yang beroperasi di Semenanjung Gaza. - Gambar fail/ AP
ANKARA/BAITULMAQDIS: Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat berkata pihaknya memerlukan sebanyak 160,000 liter bahan api setiap hari untuk menjalankan operasi pentingnya di Semenanjung Gaza.
Awal minggu ini, UNRWA mengeluarkan amaran untuk menggantung operasinya di Gaza dalam tempoh 48 jam kerana kekurangan meruncing bahan api, lapor Agensi Anadolu.
Semasa Israel menghalang kemasukan bahan api ke Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, UNRWA pada Rabu menerima kuantiti 25,000 liter bahan api melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir untuk operasinya.
UNRWA memainkan peranan penting sebagai agensi utama PBB yang beroperasi di Semenanjung Gaza, menyediakan perlindungan kepada kira-kira 830,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di sekolah-sekolahnya di seluruh Gaza.
Agensi itu juga menawarkan tempat berlindung buat penduduk daripada serangan Israel.
Agensi PBB itu menggantung operasinya di Bandaraya Gaza dan kawasan di utara sementara ia beroperasi di bahagian selatan wilayah berkenaan yang diserang hebat Israel.
Sementara itu, Israel pada Jumaat bersetuju untuk kali pertama sejak tercetusnya konflik untuk membenarkan penghantaran bahan api setiap hari ke Semenanjung Gaza untuk mencegah penularan wabak apabila hospital-hospital ditutup kerana kekurangan bahan api.
"Sebagai reaksi kepada permintaan Amerika Syarikat, kabinet Israel sebulat suara meluluskan kemasukan dua lori tangki membawa bahan api diesel setiap hari untuk keperluan PBB bagi menyokong infrastruktur air dan kumbahan," kata seorang sumber Israel dalam satu kenyataan.
Membenarkan bahan api masuk akan memberikan sokongan minimum kepada sistem air, kumbahan dan kebersihan Gaza, bertujuan untuk mencegah wabak, kata sumber itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Palestin-Israel
#kekejaman israel
#UNWRA
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan