awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul undi tidak percaya gagal guling kerajaan Perancis

Bernama
Bernama
12/07/2022
04:45 MYT
Usul undi tidak percaya gagal guling kerajaan Perancis
Borne mengecam percubaan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya, sambil menyifatkan cubaan itu mengganggu tugas Parlimen. - Foto AP
PARIS: Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya apabila usul itu gagal mendapat sokongan majoriti.
Parlimen menolak usul dikemukakan Kesatuan Rakyat Sosial dan Ekologi Baharu (NUPES), dan hanya memperoleh sokongan 146 daripada 577 Ahli Parlimen, lapor Agensi Anadolu.
Borne mengecam percubaan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya, sambil menyifatkan cubaan itu mengganggu tugas Parlimen.
"Perancis memerlukan kerajaan yang menjalankan tugasnya, tetapi sebahagian lagi mahu menyekatnya," katanya.
Di Perancis, usul undi tidak percaya pernah diluluskan ketika kerajaan pimpinan Georges Pompidou berkuasa pada 1962, hingga terpaksa meletak jawatan, tetapi kembali berkuasa dalam pilihan raya seterusnya
Parti berhaluan kanan yang diketuai Marine le Pen - pencabar Presiden Emmanuel Macron - tidak menyokong usul itu.
Alexandre Loube, ahli parti itu berkata kerajaan perlu mengelak daripada menghadapi lagi satu krisis tatkala negara sedang dilanda "krisis sosial, ekonomi dan keselamatan."
Pemimpin gabungan NUPES mempertahankan usul itu dan mendakwa kurang kepercayaan terhadap kerajaan Borne.
Perikatan Macron hilang majoriti dan parti pembangkang juga menolak tawarannya untuk membentuk "kerajaan perpaduan".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undi tidak percaya
#Elisabeth Borne
#Perdana Menteri
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan