awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul undi tidak percaya terhadap Imran Khan, Parlimen Pakistan bersidang Jumaat ini

Bernama
Bernama
22/03/2022
10:47 MYT
Usul undi tidak percaya terhadap Imran Khan, Parlimen Pakistan bersidang Jumaat ini
Parti Pakistan Tehreek-i-Insaf (PTI) pimpinan Khan sedang bergelut untuk mengekalkan majoriti tipis apabila sekutunya dilihat enggan meneruskan sokongan terhadap kerajaan. - Gambar fail/REUTERS
KARACHI: Parlimen Pakistan akan bersidang pada Jumaat untuk membahaskan usul undi tidak percaya yang dikemukakan pakatan pembangkang terhadap Perdana Menteri Imran Khan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Parti Pakistan Tehreek-i-Insaf (PTI) pimpinan Khan sedang bergelut untuk mengekalkan majoriti tipis apabila sekutunya dilihat enggan meneruskan sokongan terhadap kerajaan.
PTI menguasai 155 kerusi daripada keseluruhan 342 kerusi dan bergantung kepada sekutunya untuk mendapat majaoriti mudah iaitu 172 kerusi.
Sekutunya - Liga Muslim Pakistan - Quaid-I-Azam (PML-Q), Muttahida Quami Movement (MQM) dan Parti Awami Balochistan (BAP) - masing-masing mempunyai lima, tujuh dan empat kerusi.
PML (Q) dan MQM masih belum membuat keputusan sama ada menyokong atau membantah usul undi tidak percaya itu.
Sementara itu, pihak pembangkang yang mempunyai 162 kerusi hanya memerlukan 10 lagi undi untuk menyingkirkan perdana menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undi tidak percaya
#Imran Khan
#Pakistan
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan