awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS: Utah jadi negeri pertama hadkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja

Bernama
Bernama
25/03/2023
14:35 MYT
AS: Utah jadi negeri pertama hadkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja
Cox menandatangani undang-undang itu pada Khamis yang bertujuan untuk mengehadkan masa mereka menggunakan media sosial dan menghalang syarikat daripada mempengaruhi golongan ini. - Gambar fail
BANDARAYA SALT LAKE (Amerika Syarikat): Utah di Amerika Syarikat bakal menjadi negeri pertama yang mengehadkan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram dan platform media sosial lain dalam kalangan remaja, lapor Xinhua.
Langkah itu selepas Utah menandatangani undang-undang mengenai akses media sosial untuk pengguna di bawah umur 18 tahun.
"Kami tidak mahu lagi membiarkan syarikat media sosial terus membahayakan kesihatan mental golongan belia kami," kata Gabenor Utah Spencer Cox di Twitter.
Menurut laporan New York Times, ia adalah undang-undang negeri pertama di AS yang melarang perkhidmatan media sosial daripada membenarkan pengguna di bawah 18 tahun memiliki akaun tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Cox menandatangani undang-undang itu pada Khamis yang bertujuan untuk mengehadkan masa mereka menggunakan media sosial dan menghalang syarikat daripada mempengaruhi golongan ini.
Undang-undang baharu yang dijadual berkuat kuasa pada 1 Mac 2024 itu mewajibkan perkhidmatan media sosial untuk menyekat pengguna di Utah yang di bawah umur daripada mengakses akaun media mereka dari 10.30 malam hingga 6:30 pagi - tetapan masa ini hanya boleh diubah oleh ibu bapa atau penjaga.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#New York
#Amerika Syarikat
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan