awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utusan Khas Trump, Kellogg, tiba di Kyiv di tengah-tengah usaha tamatkan perang

Bernama
Bernama
19/02/2025
15:19 MYT
Utusan Khas Trump, Kellogg, tiba di Kyiv di tengah-tengah usaha tamatkan perang
Kellogg menjelaskan bahawa laporan yang akan dikemukakan kepada Presiden Donald Trump bertujuan membantu AS menilai situasi dengan tepat. - AP
KYIV: Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine, Keith Kellogg, tiba di Kyiv untuk mengadakan rundingan awal mengenai kemungkinan jalan keluar daripada perang pencerobohan Rusia, lapor agensi berita Jerman dpa.
Dalam kenyataan pertamanya sebaik tiba pada Rabu, Kellogg berkata beliau datang untuk mendengar pandangan. Beliau menjelaskan bahawa laporan yang akan dikemukakan kepada Presiden Donald Trump bertujuan membantu AS menilai situasi dengan tepat.
"Kami memahami keperluan jaminan keselamatan," katanya ketika bercakap di hadapan kamera televisyen.
Kedatangan Kellogg mengejutkan kerana sebelum ini beliau dijadual tiba pada Khamis, menurut laporan terdahulu.
Trump sebelum itu mengkritik Kyiv pada Selasa malam apabila menyalahkan Ukraine kerana memulakan perang dan mencadangkan bahawa konflik itu sepatutnya sudah berakhir.
"Anda telah berada dalam situasi ini selama tiga tahun," kata Trump. "Anda sepatutnya tidak memulakannya. Anda boleh mencapai satu perjanjian."
Di Kyiv, Kellogg berkata Trump mahu perang itu ditamatkan kerana beliau "memahami penderitaan manusia, memahami kemusnahan yang berlaku."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Keith Kellogg
#utusan khas
#Amerika Syarikat
#Ukraine
#Kyiv
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan