LEBIH 4.52 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.808 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 519 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat dengan lebih 351 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah dos didaftarkan melebihi 100 juta ialah Brazil, dengan Jepun dan Jerman  turut menghampiri jumlah tersebut.

Sementara itu, angka di United Kingdom dan Perancis kini melebihi 70 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah 77 juta dos didaftarkan, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia mencatat lebih 25 juta dan Filipina lebih 24 juta dos.

Manakala Thailand merekodkan lebih 21 juta dos didaftarkan atau disuntik.

Singapura pula di tangga kelima dengan lebih 8.1 juta dos.