Lebih 5.65 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.13 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 738 juta dos  manakala Amerika Syarikat dengan lebih 378 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 208 juta dos dan Jepun serta Jerman masing-masing 141 juta dan 103 juta dos vaksin.

Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 112 juta.

Ini diikuti Thailand dan Malaysia dengan lebih 38 juta.

Manakala Filipina dengan lebih 37 juta dos vaksin.

Singapura dengan 8.97 juta dos vaksin.