DOS vaksin COVID-19 yang didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat melebihi 8.86 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.71 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.4 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 497 juta dos vaksin.

Jepun catat lebih 199 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 127 juta.

Manakala Jerman, Mexico dan Perancis catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 264 juta dos.

Ini diikuti Thailand dan Filipina melebihi 100 juta dan Malaysia melebihi 56 juta.

Singapura melebihi 9 juta dos vaksin didaftarkan.