LEBIH 4.14 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.66 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 472 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 345 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dengan Jerman menghampiri jumlah tersebut.

Manakala United Kingdom dan Jepun melebihi 85 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 68 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia sebanyak 21 juta dos, manakala Filipina lebih 19 juta dos diikuti Thailand lebih 17 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos.