Syarikat farmaseutikal gergasi China, Sinopharm, pada Rabu memulakan ujian klinikal fasa ketiga bagi menguji vaksin COVID-19, di Peru.
Profesor perubatan di Universidad Peruana Cayetani Heredia yang juga ketua ujian percubaan vaksin, Germán Malaga berkata, mereka berharap untuk memberikan vaksin tersebut kepada 3,000 orang.
Selain itu, 3,000 lagi peserta mungkin akan diberikan vaksin berkenaan di Universidad Nacional Mayor de San Marcos bermula minggu depan.
Pada Rabu, seramai 20 sukarelawan dijadualkan menerima vaksin tersebut, termasuk doktor, doktor haiwan, peguam, pakar psikologi dan diplomat.
Mulai Isnin depan, Malaga berkata, 12 peserta akan diberikan vaksin tersebut dalam masa sejam, menjadikan jumlahnya sekitar 90 peserta dalam masa sehari.
Fasa ketiga ujian klinikal di Peru ini akan merangkumi 6,000 individu berumur antara 18 dan 75 tahun.
Kira kira 2,000 peserta akan menerima strain virus dari Wuhan, 2,000 lagi akan menerima strain dari Beijing, dan selebihnya plasebo air masin.
Selepas menerima dos pertama, kesemua peserta akan menunggu sebulan sebelum menerima dos kedua.
Mereka akan dipantau selama empat bulan dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan pada setiap hari.
Vaksin tersebut dibangunkan China National Biotec Group (CNBG), anak syarikat National Pharmaceutical Group Sinopharm.
Vaksin itu turut diuji di Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Maghribi dan Argentina.
Sinopharm telah memberikan 30,000 dos kepada sukarelawan manakala 10,000 lagi peserta telah menerima dua kali ganda dos vaksin dalam ujian sebelumnya di Bahrain dan UAE.
Sementara itu, ujian lebih lanjut akan dilakukan di Maghribi dan Argentina.
Peru antara negara paling teruk terjejas akibat COVID-19, merekodkan 696,190 kes positif dengan 30,123 kes kematian.
Astro Awani
Wed Sep 09 2020
Vaksin dikeluarkan Sinopharm turut diuji di Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi dan Argentina. - REUTERS
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.