LEBIH 3.56 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.42 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 395 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 335 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 84 juta dos.

Jepun merekodkan 66 juta dos dan Perancis 63 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 55 juta, jauh meninggalkan negara lain diikuti Filipina dengan 14 juta dos.

Malaysia di tangga ketiga dengan lebih 13.6 juta dos diikuti Thailand.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 6 juta dos.