awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 3.95 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2021
21:30 MYT
Vaksin COVID-19: 3.95 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 65.4 juta. - Foto fail/AP/Mary Altaffer
LEBIH 3.95 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.58 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan 446 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 342 juta dos.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.
Jepun merekodkan lebih 81 juta dos didaftarkan sementara Perancis lebih 69 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 65.4 juta, jauh meninggalkan negara lain diikuti Malaysia dengan 18.94 juta dos.
Manakala Filipina lebih 17 juta dos dan Thailand lebih 15 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos didaftarkan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Johns Hopkins University
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan