awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Bekalan cukup untuk 70 peratus golongan dewasa - EU

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2021
23:15 MYT
Vaksin COVID-19: Bekalan cukup untuk 70 peratus golongan dewasa - EU
EU mempunyai sasaran jangka panjang untuk memiliki vaksin yang mencukupi bagi mengimunisasi penduduk yang layak menjelang akhir September ini. - Foto AP/Bernat Armangue, File
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mempunyai bekalan vaksin COVID-19 yang mencukupi untuk negara anggotanya bagi memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat dewasa blok itu disuntik.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von er Leyen, berkata EU kini berada di landasan sepatutnya bagi untuk menepati sasaran inokulasi 70 peratus golongan dewasa menjelang musim panas ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa negara EU memperhebatkan program vaksinasi mereka dan berkata sekurang-kurangnya 500 juta dos mungkin diedarkan ke semua negara EU menjelang Ahad ini.
EU berpegang kepada janjinya dan minggu ini akan menghantar vaksin yang mencukupi kepada negara ahli untuk mereka menyuntik keseluruhan 70 peratus penduduk dewasa bulan ini.
Von der Leyen menerima kritikan keras pada permulaan 2021 kerana gagal memastikan bekalan vaksin berkenaan.
EU mempunyai sasaran jangka panjang untuk memiliki vaksin yang mencukupi bagi mengimunisasi penduduk yang layak menjelang akhir September ini, malah pada Mei lalu mereka yakin akan menerima vaksin untuk mencapai sasaran itu.
EU menyelaras pembelian vaksin bagi negara anggota mereka dan banyak bergantung kepada suntikan yang dihasilkan oleh BioNTech dan Pfizer, namun tetap membeli sejumlah jenama vaksin lain.
Minggu lalu, negara EU menempah hampir 40 juta suntikan tambahan vaksin yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson.
Mereka sebelum ini memberi amaran mengenai varian Delta yang mudah berjangkit dan mungkin menjadi dominan di Eropah pada musim panas ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kesatuan Eropah
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan