awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL
Politik Perlis: 4 ADUN Bersatu angkat sumpah Exco, MB pegang enam portfolio
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Chile luluskan vaksin Sinovac untuk kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2021
23:21 MYT
Vaksin COVID-19: Chile luluskan vaksin Sinovac untuk kanak-kanak
Ketika ini Kementerian Kesihatan akan memutuskan tarikh dan mekanisme untuk memulakan vaksinasi. - Foto fail/REUTERS
SANTIAGO: Pihak Berkuasa Kesihatan Chile meluluskan penggunaan vaksin Sinovac buat kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas.
Chile jadi negara Amerika Latin pertama yang melaksanakan program vaksinasi terhadap kanak-kanak.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Heriberto Garcia, kelulusan itu dicapai melalui pengundian yang menyaksikan lima memihak dan satu membantah.
Ketika ini Kementerian Kesihatan akan memutuskan tarikh dan mekanisme untuk memulakan vaksinasi.
"Kita sudah meluluskan penggunaan vaksin CoronaVac (vaksin yang dihasilkan oleh Sinovac) kepada kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas untuk melindungi mereka.
"Jika kita melindungi kanak-kanak, kita juga akan melindungi warga emas dan keluarga mereka," katanya.
Kelulusan tersebut turut diberikan selepas negara itu mencapai kadar vaksinasi lebih tiga per empat populasi.
Presiden Sebastian Pinera sifatkan langkah itu adalah sebagai langkah awal untuk berdepan kemungkinan yang lebih buruk.
"Jadi apa maksudnya? Ini bermakna vaksin adalah selamat dan berkesan. Jadi apa yang akan kita lakukan sebagai kerajaan? Kita akan memvaksin kanak-kanak berusia antara 6 hingga 11 tahun.
"Kita sudah memberikan vaksin kepada kesemua individu berusia 11 tahun ke atas, kini adalah giliran mereka. Dengan cara ini, kita akan lebih dilindungi dan bersedia, kerana kita mengharapkan yang terbaik, tetapi bersedia untuk terburuk," katanya.
Sebelum ini beberapa negara Amerika Latin sudah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer buat kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.
China sebelum ini meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dan Sinopharm terhadap kanak-kanak berusia 3 hingga 17 tahun.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Sinovac
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan