Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Loke nafi bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi di Melaka untuk 'pancing undi'

Loke (dua, kiri) semasa menyampaikan bantuan khas kepada salah seorang penerima pada majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Ayer Keroh hari ini.  --fotoBERNAMA
Loke (dua, kiri) semasa menyampaikan bantuan khas kepada salah seorang penerima pada majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Ayer Keroh hari ini. --fotoBERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah bertujuan memancing undi PRN Melaka.
  • Bantuan tersebut diberikan kepada semua pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027.
  • Seramai 12,000 pemandu akan menerima bantuan minggu ini, termasuk 283 penerima di Melaka, melalui majlis atau pemindahan bank secara elektronik.

MELAKA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan "memancing undi" bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata sebaliknya, insentif berkenaan diberikan kepada semua pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen, baru-baru ini.

"Saya nak betulkan beberapa kenyataan dekat luar, ada yang tanya mengapa hanya di Melaka? Hakikatnya (pemberian bantuan khas kewangan) ini untuk semua pemandu teksi di seluruh negara, bukan di Melaka sahaja. 

"Hari ini, saya (sampaikan bantuan khas kewangan) di Melaka, minggu lepas saya di Negeri Sembilan, minggu depan saya pergi Kedah pula, jadi di setiap negeri seluruh negara, pemandu teksi dan kereta sewa juga akan mendapat bantuan khas ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Sebanyak 283 pemandu teksi dan kereta sewa menerima baucar sumbangan bernilai RM1,000 setiap seorang pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Loke berkata pada minggu ini sahaja, terdapat kira-kira 12,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan khas kewangan tersebut bagi meringankan beban ditanggung mereka.

"Yang tidak sempat kita jemput untuk majlis, kita buat pemindahan ataupun bank-in melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Bantuan ini tidak mengira tempat, selagi dia ada kad pemandu yang sah dan mereka sahkan kad pemandu itu dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), maka kita akan dapat daftar nama mereka dalam sistem dan akan diberi bantuan RM1,000.

"Bermula hari ini juga, ada lebih 12,000 nama yang akan kita kreditkan (bantuan khas kewangan) dalam akaun bank masing-masing … kita berharap bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin untuk meringankan beban mereka," katanya.

-- BERNAMA

 

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tujuan bantuan khas kewangan RM1,000 diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah? 
    A: Bantuan khas kewangan RM1,000 diberikan untuk meringankan beban pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027.
  • Q: Adakah bantuan khas kewangan ini hanya diberikan di Melaka? 
    A: Tidak, bantuan khas kewangan ini diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara, bukan hanya di Melaka.
  • Q: Bagaimana proses penyaluran bantuan khas kewangan kepada penerima yang tidak hadir ke majlis? 
    A: Bagi penerima yang tidak hadir ke majlis, bantuan akan disalurkan melalui pemindahan elektronik atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank masing-masing.
  • Q: Berapakah jumlah pemandu yang akan menerima bantuan khas kewangan pada minggu ini? 
    A: Kira-kira 12,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan khas kewangan pada minggu ini.
  • Q: Apakah syarat utama untuk layak menerima bantuan khas kewangan ini? 
    A: Penerima mestilah mempunyai kad pemandu yang sah dan mengesahkan kad tersebut dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk didaftarkan dalam sistem dan layak menerima bantuan RM1,000.

Must Watch Video

Advertisement