PIHAK berkuasa kesihatan Amerika Syarikat akan memulakan pemberian suntikan dos ketiga atau 'booster shot' COVID-19 yang dihasilkan Pfizer- BioNTech.

Namun menurut pakar penyakit berjangkit, Dr Anthony Fauci, vaksin keluaran Moderna bagi pemberian dos penggalak itu mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Ini kerana maklumnya, Pfizer-BioNTech sudah menyerahkan data yang berkaitan berkenaan 'booster shot' kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) manakala Moderna masih belum lengkap.

Beliau turut berharap agar kedua-dua syarikat pengeluar vaksin ini dapat diberikan sebelum 20 September selepas program dos penggalak ini bermula.

Namun, sekiranya proses penyerahan data oleh Moderna masih belum jelas menjelang tarikh tersebut, pemberian vaksin Moderna akan diberikan kemudian.

Setakat ini, moderna masih belum keluarkan kenyataan rasmi, tetapi memaklumkan sudah menyerahkan data berkaitan kepada FDA.

Dr Fauci pada masa sama, menjelaskan kedua-dua dos penggalak adalah selamat tetapi kepastian akan dikeluarkan oleh FDA.

Sebelum ini, pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan 'booster shot' akan diberikan kepada rakyat Amerika Syarikat bermula 20 September ini.