INDIVIDU yang menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca boleh memilih untuk mendapatkan suntikan kedua vaksin berlainan sekali gus memberi kesan kepada syarikat farmaseutikal itu.

Menurut Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Theresa Tam, kebimbangannya adalah mengenai kes pembekuan darah yang dilaporkan walaupun manfaatnya melebihi risiko kecil itu.

Jawatankuasa Penasihat Imunisasi Kebangsaan (NACI) Kanada memaklumkan, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Norway, Sepanyol dan Sweden turut melakukan perkara sama dengan memberi dos kedua vaksin berlainan selepas pengambilan AstraZeneca.

Ia juga bagi memberi peluang kepada individu untuk membuat pilihan.

Jumlah kes baharu COVID-19 di Kanada turut mencatatkan penurunan dan terkini di bawah 2,700 kes.

Beberapa wilayah kini mula melonggarkan beberapa sekatan.

Kanada setakat ini melaporkan sejumlah 25,547 kematian dan 1,381,582 kes.