MOSCOW: Pihak berkuasa kesihatan Rusia lancar suntikan penggalak atau 'booster'vaksin COVID-19.

Ia diberikan kepada individu yang sudah lengkap vaksin lebih enam bulan lalu.

Pemberian suntikan penggalak ini susulan peningkatan kes jangkitan baharu dan kes kematian.

Rusia menggunakan suntikan vaksin dihasilkan sendiri bagi tujuan ini iaitu Sputnik V dan versi vaksin dos tunggal, Sputnik Light.

Kadar vaksin Rusia meningkat sejak beberapa minggu ini selepas pemimpin di beberapa daerah mewajibkan suntikan bagi pekerja di sektor tertentu.

Ini termasuk di sektor awam, runcit, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Jawatankuasa Bertindak COVID-19 mendedahkan negara itu merekodkan 20,000 kes baharu harian, sekali ganda daripada yang dicatatkan awal Jun lalu.

Moscow turut melaporkan lebih 672 kematian baharu.

Pegawai mendakwa peningkatan kes adalah disebabkan sikap rakyat yang semakin lewa terhadap langkah pencegahan.