awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Rusia rayu penduduk ambil suntikan

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2021
00:37 MYT
Vaksin COVID-19: Rusia rayu penduduk ambil suntikan
Putin akui tidak akan mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat. - Foto REUTERS
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin menggesa rakyatnya untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Namun Putin akui tidak akan mewajibkan suntikan itu kepada rakyat.
Rusia merupakan negara pertama yang mendaftarkan vaksin COVID-19 di dunia iaitu Sputnik V pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun ia berdepan isu keraguan vaksin terutama di bandar-bandar besar seperti Moscow.
Minggu lalu Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin mendakwa, bandar itu merupakan ibu negara pertama di dunia yang melancarkan kempen vaksinasi besar-besaran.
Namun daripada 12 juta populasi Moscow, hanya 1.3 juta yang menerima suntikan.
Ia menunjukkan peratusan yang sudah menerima vaksin jauh lebih rendah daripada negara-negara lain di Eropah.
Putin turut mendesak pemerintah untuk menghilangkan keraguan yang masih ada dalam kalangan rakyat.
Beliau turut mendakwa vaksin daripada negaranya itu adalah yang 'paling dipercayai dan paling selamat di dunia'.
Sebagai tambahan kepada Sputnik, Rusia kini menambah pengeluar vaksinnya iaitu Epivaccorona dan Covivac.
Di Moscow, vaksin diberikan secara percuma dan pusat vaksinasi pula di tempat umum termasuk pusat membeli belah dan taman.
Rusia kini mula melonggarkan sekatan berkaitan COVID-19.
Negara itu menjadi antara negara terawal menerima impak COVID-19 dan kini lebih 5 juta kes direkodkan dengan 199,000 kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Vladimir Putin
#Sputnik V
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan