DUNIA
Vaksinasi Remaja: Bangkok giatkan usaha vaksinasi capai 70 peratus

Petugas Kesihatan di Bangkok memberi suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech kepada golongan remaja. - Foto AP/Sakchai Lalit
BANGKOK: Usaha vaksinasi golongan remaja di Thailand terus berjalan lancar dengan 1,500 lagi menerima suntikan tersebut pada Selasa.
Daripada jumlah itu, 800 dijadual menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer manakala selebihnya adalah dos kedua.
Sebelum ini, program vaksinasi untuk usia 12 hingga 18 tahun dilakukan menerusi fasiliti hospital, namun kempen itu kini diambil alih pihak sekolah.
Pihak berkuasa Bangkok turut meminta Kementerian Kesihatan menyediakan lebih banyak vaksin Pfizer untuk kumpulan usia 12 hingga 18 tahun.Sekolah di Bangkok tidak akan dibuka selagi 70 peratus atau lebih satu juta pelajar sudah divaksin.
Difahamkan 97.5 peratus daripada 7.69 juta penduduk Bangkok telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 dan 41.6 peratus sudah menerima vaksin sepenuhnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami