awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Tahap kesihatan PM Anwar memberangsangkan, boleh jalani tugas rasmi - Pengarah HSIS
Polis tahan lelaki pukul kanak-kanak guna rotan di Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venezuela anggap rampasan pesawat oleh AS sebagai tindakan lanun

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2024
23:30 MYT
Venezuela anggap rampasan pesawat oleh AS sebagai tindakan lanun
Pesawat Maduro yang dilihat di Fort Lauderdale, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
CARACAS: Menteri Luar Venezuela menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) merampas pesawat Presiden negara itu Nicholas Maduro sebagai tindakan lanun dan satu contoh arahan berasaskan peraturan.
Dalam kenyataan pada Rabu, Kementerian Luar berkata, ia satu tindakan yang seolah-olah tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa.
Para diplomat Venezuela menyatakan pihak berkuasa AS sekali lagi menggunakan tindakan jenayah yang disifatkan sebagai tindakan lanun, dengan menyita secara haram sebuah pesawat yang digunakan presiden republik itu.
Agensi berita TASS melaporkan, AS mewajarkan tindakan mereka dengan langkah bersifat memaksa secara unilateral dan haram dilakukan di seluruh dunia.
Kementerian itu menambah, Venezuela mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan kerugian yang dialami kepada negara itu selain kerugian lain disebabkan dasar jenayah terhadap langkah bersifat memaksa secara sebelah pihak itu.
Sebelum ini, CNN yang memetik sember melaporkan, AS menyita pesawat Maduro, bernilai AS$13 juta dan melencongkannya ke Florida dari Republik Dominica di mana ia berada untuk beberapa bulan lalu.
Topic Berkaitan
#rampas pesawat
#Nicholas Maduro
#tindakan lanun
#undang-undang antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan