NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mendesak serangan di Semenanjung Gaza dihentikan, bagi membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.
Selesai sesi undian, duta AS ke badan dunia itu, Linda Thomas Greenfield memberi alasan Washington kini dalam proses melaksanakan usaha diplomasi dan majlis keselamatan sewajarnya membiarkan usaha itu membuahkan hasil.
"Kami dalam proses melaksanakan tugas-tugas sukar diplomasi. Ketika kami memperakui keinginan Brazil untuk meluluskan draf resolusi ini, kami percaya ruang perlu diberikan untuk melihat usaha diplomasi membuahkan hasil. Khususnya ketika Setiausaha Agung PBB, Presiden Biden dan Setiausaha Negara AS, Blinken dan pemain-pemain serantau terlibat dalam dialog intensif berhubung beberapa isu yang cuba dirungkaikan.
"Ya, resolusi adalah penting, dan ya, Majlis Keselamatan perlu bertindak Tetapi tindakan yang diambil mesti berdasarkan fakta di lapangan dan sokongan diplomasi yang akan menyelamatkan nyawa. Majlis Keselamatan perlu bertindak dengan betul," katanya.
Secara tradisinya, Israel, sekutu rapat AS, sering mendapat perlindungan daripada tindakan Majlis Keselamatan.
Washington juga menambah, ia kecewa draf resolusi itu langsung tidak menyentuh mengenai hak Israel mempertahankan diri daripada serangan pejuang Hamas.
Dalam pada itu, tindakan AS tidak disenangi duta besar Rusia ke PBB Vassily Nebenzia.
Beliau sifatkan apa yang berlaku di Majlis Keselamatan sebagai paparan jelas sikap hipokrit Washington dan layanan berbeza kepada sekutunya.
"Kita baru menyaksikan sikap hipokrit dan dwi-standard rakan AS yang tidak berdiri dengan prinsip Majlis Keselamatan," katanya.
China turut senada dengan Rusia dengan dutanya, Zhang Jun berkata keputsan akhir undian adalah di luar jangkaan.
"Sejak 40 jam yang lalu, mereka tidak mengira atau menunjukkan bantahan kepada draf Brazil dan menyebabkan kita percaya, mereka (AS) akan mengundi menyokong resolusi ini dan UNSC akan berjaya meluluskan dengan majoriti sokongan.
"Tetapi, keputusan akhir undian ini sudah di luar jangkaan. Ia sepatutnya menghantar mesej yang jelas mendesak gencatan senjata dan perlindungan orang awam, untuk mengelakkan bencana kemanusiaan," katanya.
Rusia kini mendesak Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 negara mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan situasi di Gaza.
Moscow juga mahu pengundian resolusi dijalankan ketika sidang itu, memandangkan tiada negara memegang kuasa veto.
Astro Awani
Wed Oct 18 2023
Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield memberi alasan Washington kini dalam proses melaksanakan usaha diplomasi dan majlis keselamatan sewajarnya membiarkan usaha itu membuahkan hasil. - Foto REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Kerajaan Kelantan zahir terima kasih kepada semua pihak terlibat bantu mangsa banjir
Rata-rata mereka yang datang membantu terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, pempengaruh dan tokoh usahawan yang memberi bantuan dalam pelbagai aspek.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Rakyat Palestin di Gaza bergantung sepenuhnya pada bantuan kemanusiaan - UNRWA
UNRWA mengulangi desakan untuk gencatan senjata segera, dengan menekankan bahawa Israel masih mengawal kemasukan bantuan ke Gaza.
UNRWA tangguh penghantaran bantuan melalui lintasan utama Gaza atas faktor keselamatan
UNRWA memutuskan pada Ahad untuk menghentikan sementara penghantaran bantuan melalui lintasan Kerem Shalom disebabkan risiko keselamatan yang berterusan sepanjang laluan itu.
Jordan hantar konvoi 50 lori bawa bantuan ke Gaza
Setakat ini, Jordan telah menghantar 4,326 lori bantuan ke Gaza, selain 53 pesawat melalui Lapangan Terbang El-Arish di Mesir.
Banjir Kelantan: Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.
Malaysia sumbang RM1.5 juta bantuan kemanusiaan kepada Lubnan
Malaysia menghulurkan sokongannya kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusiaan, menekankan solidariti berterusan negara dengan rakyat Lubnan dan usaha membina keamanan.