Sebuah pesawat penerbangan British Airways yang terbang dari Hyderabad, India menuju ke Lapangan Terbang Heathrow di London, United Kingdom, terpaksa berlepas semula sejurus mendarat beberapa saat di lapangan terbang itu pada Jumaat.
Rakaman detik mendebarkan pesawat terhuyung-hayang itu ketika cubaan mendarat berjaya dirakamkan orang ramai.
Dipercayai insiden berlaku ekoran angin kencang yang melanda Heathrow ketika cubaan mendarat dilakukan buat pertama kali.
Pesawat itu akhirnya berrjaya mendarat dengan selamat.
Video detik mencemaskan itu yang disiarkan oleh Big Jet TV turut menjadi viral di media sosial dengan ramai yang memuji kecekapan juruterbang.
“Tahniah juruterbang” tulis Big Jet TV di laman twitternya yang telah mendapat tontonan lebih 3.5 juta kali.
“Respons yang amat profesional oleh juruterbang," tulis seorang netizen Elizabeth Pyper.
Lapor laman mengesan pesawat FlightAware, Pesawat British Airways 276 itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad, India pada Jumaat selepas tertangguh 18 minit.
Agensi
Sat Feb 09 2019
Video detik mencemaskan itu yang disiarkan oleh Big Jet TV turut menjadi viral di media sosial dengan ramai yang memuji kecekapan juruterbang. - Foto Big Jet TV
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Video detik cemas pesawat British Airways cuba mendarat viral, juruterbang dipuji!
Video detik mencemaskan itu yang disiarkan oleh Big Jet TV turut menjadi viral di media sosial dengan ramai yang memuji kecekapan juruterbang.