awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video seks bocor: Juri arah bayar Hulk Hogan pampasan RM465 juta

Agensi
Agensi
19/03/2016
05:28 MYT
Video seks bocor: Juri arah bayar Hulk Hogan pampasan RM465 juta
Hogan memberi keterangan bahawa rakannya Bubba Clem, seorang personaliti radio, mempunyai perkahwinan terbuka dan mahukan isterinya mengadakan hubungan seks dengan Hulk Hogan. - Gambar fail
Mahkamah mengarahkan laman web berita dan hiburan Gawker membayar AS$115 juta (RM465 juta) kepada bintang gusti Hulk Hogan kerana menyiarkan video seksnya di atas talian.
Enam orang juri yang bersidang mencapai keputusan yang memihak kepada Hogan selepas berbincang selama enam jam berikutan perbicaraan sivil selama dua minggu di Florida.
Hogan, 62, berhujah bahawa tindakan menyiarkan videonya mengadakan hubungan seks dengan isteri seorang rakan telah menceroboh privasi dan memalukan dirinya.
Menurut peguam Hogan, video sepanjang satu minit 41 saat itu telah ditonton sebanyak tujuh juta kali.
Hogan yang kini telah bersara merupakan salah seorang penggusti paling popular di Amerika Syarikat.
Terkenal dengan pemakaian bandana dan misai melengkung, nama sebenarnya Terry Bollea.
Ketika perbicaraan, Hogan memberi keterangan bahawa rakannya Bubba Clem, seorang personaliti radio, mempunyai ‘perkahwinan terbuka’ dan mahukan isterinya mengadakan hubungan seks dengannya.
Selepas beberapa kali dipujuk, Hogan akhirnya bersetuju namun tidak menyangka perlakuannya dirakam.
Topic Berkaitan
#Bubba Clem
#Gawker
#Hulk Hogan
#Terry Bollea
#video seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan