awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam rekod 56 kes cacar monyet

Bernama
Bernama
09/11/2023
15:40 MYT
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam dijangka terus merekodkan kes baharu, bukan sahaja di selatan Ho Chi Minh City, malah di bandar besar lain, menurut kementerian itu. - Gambar fail/Freepik
HANOI: Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
Kira-kira 63 peratus daripada kes jangkitan diuji positif HIV, menurut media tempatan pada Khamis. Dua kes di laporkan dari luar negara yang dikesan pada 2022.
Vietnam dijangka terus merekodkan kes baharu, bukan sahaja di selatan Ho Chi Minh City, malah di bandar besar lain, menurut kementerian itu.
Kementerian itu mengarahkan agensi penjagaan kesihatan tempatan meningkatkan penyeliaan di kemudahan penjagaan kesihatan, sempadan dan dalam komuniti bagi mengesan lebih awal jangkitan dan menyediakan perundingan rawatan.
Kes jangkitan mesti dipantau dengan rapi agar tidak menular kepada masyarakat, kata kementerian itu.
Bulan lepas, Vietnam mencatatkan kematian pertama akibat cacar monyet, membabitkan seorang lelaki berusia 29 tahun dari wilayah selatan Long An.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#penjagaan kesihatan
#dalam komuniti
#kematian pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan