awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Volker Turk dari Austria dilantik sebagai Ketua Hak Asasi Manusia PBB

Bernama
Bernama
09/09/2022
07:48 MYT
Volker Turk dari Austria dilantik sebagai Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Turk kini ialah Timbalan Setiausaha Agung bahagian dasar di Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung, yang menyelaras tugas-tugas dasar global. - unhcr.org
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis melantik Volker Turk dari Austria sebagai Pesuruhjaya Tinggi baharu Hak Asasi Manusia PBB selepas mendapat persetujuan Perhimpunan Agung PBB, lapor Xinhua.
Turk akan menggantikan Michelle Bachelet dari Chile, menurut satu kenyataan pejabat ketua PBB.
Beliau kini ialah Timbalan Setiausaha Agung bahagian dasar di Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung, yang menyelaras tugas-tugas dasar global.
Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung untuk penyelarasan strategik di Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung dari 2019 hingga 2021.
Turk berkelulusan ijazah kedoktoran dalam undang-undang antarabangsa dari Universiti Vienna dan ijazah sarjana undang-undang dari Universiti Linz, Austria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volker Turk
#hak asasi manusia
#PBB
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan