awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak penyakit merebak dalam kalangan kanak-kanak di Gaza

Bernama
Bernama
22/01/2024
09:04 MYT
Wabak penyakit merebak dalam kalangan kanak-kanak di Gaza
Rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke kem di wilayah selatan cuba bertahan tanpa keperluan asas. - Reuters
GAZA: Wabak penyakit mula merebak dengan cepat dalam kalangan penduduk Gaza, terutama kanak-kanak apabila hampir keseluruhan infrastruktur di wilayah itu termasuk sistem penjagaan kesihatan musnah akibat serangan Israel.
Rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke kem di wilayah selatan cuba bertahan tanpa keperluan asas, terutama tempat perlindungan, lapor Agensi Anadolu.
Wabak penyakit menular berikutan kekurangan makanan dan peralatan kebersihan serta air kotor.
Pakar berkata jika gencatan senjata tidak dicapai dan bantuan kemanusiaan tidak sampai ke wilayah itu, beribu-ribu penduduk mungkin mati akibat pelbagai penyakit, terutama wabak.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.
Lebih 60 peratus infrastruktur di wilayah itu juga rosak atau musnah.
Israel melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza pada 7 Okt, membunuh sekurang-kurangnya 25,105 rakyat Palestin dan mencederakan 62,681 yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wabak
#penyakit
#Gaza
#Kanak-kanak
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan