VIDEO ini memaparkan keadaan seorang kanak-kanak selepas diselamatkan daripada runtuhan di Aleppo, bandar yang musnah akibat pengeboman berterusan.

Seorang lelaki membawa kanak-kanak itu jauh dari runtuhan susulan serangan udara dipercayai didalangi oleh Rusia atau Presiden Syria Bashar Assad di kawasan kejiranan yang dikuasai pemberontak Qaterji.

Dia meletakkan kanak-kanak itu di kerusi oren. Budak lelaki itu mengelap mata dan mukanya selepas lelaki itu beredar. Dia menyeka darah dan debu serpihan di kerusi.

Tidak dapat dipastikan bila video ini dirakam. Tetapi video ini, serta gambar selepas pengeboman, yang tersebar di media sosial pada Rabu, ialah satu peringatan terhadap krisis yang sedang berlaku di bandar Syria.

"Gambar seorang budak Syria yang cedera menggambarkan hanya sebahagian daripada tragedi Aleppo," tulis tajuk berita di Telegraph menceritakan tentang gambar itu.

"Tonton video ini dari Aleppo malam ini," tweet wartawan ABC Sophie McNeill.

"Dan tonton sekali lagi."



Lebih 250,000 orang maut dan jutaan yang lain berpindah apabila konflik Syria berlanjutan bertahun lamanya.

Aleppo telah lama menjadi medan perang di antara regim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak.

Baru-baru ini, bandar Syria telah mendapat perhatian dunia apabila krisis kemanusiaan di sana semakin buruk.

Saliran air yang digunakan berjuta penduduk telah dipotong awal bulan ini.