Skip to main content

Dunia

Wakil AS tiba di Seoul menjelang pertemuan Trump-Jong Un

51528767041_TrumpJongUn.jpg
Perunding khas dari Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Korea Utara, Stephen Biegun, tiba di Seoul pada Ahad, bagi menghadiri mesyuarat dengan wakil kedua-dua Semenanjung Korea.

Mesyuarat terbabit diadakan menjelang persidangan kedua antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

Menurut agensi berita Yonhap, agenda, tarikh dan lokasi persidangan akan dimuktamadkan ketika mesyuarat antara Washington dan Pyongyang kelak.

Biegun dilaporkan akan bertemu Penasihat Keselamatan Korea Selatan, Chung Eui-Yong sebelum menuju ke Panmunjom bagi menghadiri mesyuarat dengan wakil Korea Utara.

Pertemuan sulung antara Trump dan Jong Un yang berlangsung di Singapura pada bulan Jun tahun lalu, menyaksikan kedua-dua pemimpin menandatangani dokumen berhubung isu nyah nuklear di Semenanjung Korea.

Namun, perkembangan susulan perjanjian terbabit dilihat semakin lesu dan tidak memberi sebarang impak besar.


Advertisement

Must Watch Video