awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu lawatan Al-Rawdah Al-Sharifah diumum, perlu dapat permit di platform Nusuk

Bernama
Bernama
05/12/2025
15:23 MYT
Waktu lawatan Al-Rawdah Al-Sharifah diumum, perlu dapat permit di platform Nusuk
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan waktu lawatan harian ke Al-Rawdah Al-Sharifah di Masjid Nabawi bagi lelaki dan wanita. - BERNAMA
MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan waktu lawatan harian ke Al-Rawdah Al-Sharifah di Masjid Nabawi bagi lelaki dan wanita, dengan syarat permit diperoleh melalui platform Nusuk (sah sekali setiap 365 hari) atau laluan akses segera berhampiran masjid bagi memastikan pergerakan pengunjung terkawal.
Waktu lawatan bagi lelaki dibenarkan dari 2 pagi hingga solat subuh dan sekali lagi dari 11.20 pagi hingga solat isyak. Pada Jumaat, lelaki mempunyai tambahan waktu dari 9.20 pagi hingga 11.20 pagi serta dari selepas solat Jumaat hingga solat isyak, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Bagi wanita, lawatan bermula selepas solat subuh hingga 11 pagi, manakala sesi malam berlangsung dari selepas solat isyak hingga 2 pagi. Pada Jumaat, sesi pagi berakhir lebih awal iaitu dari selepas solat subuh hingga 9 pagi, sementara waktu malam kekal sama (selepas solat isyak hingga 2 pagi).
Kemasukan lawatan dikawal sepenuhnya melalui pekarangan selatan di hadapan Pintu Makkah 37 mengikut laluan yang ditetapkan.
Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa warga emas dibenarkan masuk dengan menggunakan kerusi roda tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi memudahkan akses.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#waktu lawatan
#Al-Rawdah Al-Sharifah
#Masjid Nabawi
#platform Nusuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan