SYDNEY: Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas tercampak ke bawah tebing sedalam 25 meter selepas sebuah lori simen meletup.
Kejadian berlaku di Lane Cove, lokasi wanita itu bekerja apabila pam konkrit tiba-tiba meletup sekitar pukul 5.45 petang semalam.
Letupan itu menyebabkan sisa konkrit dari lori simen merebak ke seluruh tapak pembinaan seterusnya melitupi kereta yang diletakkan berhampiran di jalan Northwood.
Memetik 9News, mangsa yang mengalami kecederaan patah tulang pelvis kini dirawat di Hospital Royal North Shore.
Insiden ini turut disahkan oleh Jabatan Keselamatan Pekerja di New South Wales dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
"Memandangkan siasatan sedang dilakukan, tiada ulasan lanjut boleh diberitahu buat masa ini," kata seorang jurucakap.
Agensi
Tue Sep 27 2022
Memetik artikel 9News, mangsa yang mengalami kecederaan patah tulang pelvis kini dirawat di Hospital Royal North Shore. Gambar hiasan/ Unsplash
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7360/7405 berbanding dolar US daripada 4.7380/7405 ketika ditutup pada Isnin.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
PRK KKB: Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
Menurut Sock Tao, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.
Prestasi ringgit setakat 7 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar dolar AS/ringgit bermula rendah pada RM4.7330 semasa awal sesi dagangan hari ini namun kemudiannya susut secara beransur-ansur ke arah RM4.7413 pada sesi petang.
Cef maut motosikal langgar kerbau
Muhammad Firdaus Mohamad, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Wanita cedera terkena serpihan letupan lori simen
Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas tercampak ke bawah benteng sepanjang 25 meter selepas sebuah lori simen meletup.