DEMI kecantikan, seorang wanita sanggup menggunakan gerudi elektrik bagi menanggalkan tahi lalat di bahagian pipi.

Rakaman video tersebut dikongsi pengguna akaun media sosial TikTok, Lilly Rose Hockley pada Isnin dengan catatan: "Saya tidak menyarankan guna gerudi elektrik bagi menanggalkan tahi lalat."

Dalam video susulan, pengguna dari Sepanyol itu menggunakan gerudi lain bagi menanggalkan tahi lalat sama.

"Kita lihat dan tunggu selepas kuping pada luka ini terjatuh," katanya.

Hockley turut merakam video tiga hari berturut-turut yang menunjukkan kesan pada pipinya itu.

Namun Hockley akui menyesal lakukan perkara tersebut namun terpaksa kerana sukar untuk bertemu doktor di Sepanyol.