awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Indonesia ditelan ular sawa enam meter di Sulawesi Selatan

Bernama
Bernama
03/07/2024
21:50 MYT
Wanita Indonesia ditelan ular sawa enam meter di Sulawesi Selatan
Ular sawa sepanjang enam meter ditemukan dengan perut yang kelihatan buncit.
JAKARTA: Seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun maut selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Suriaty sedang berjalan menuju ke rumah abangnya di Kampung Siteba, Daerah Kecil Walenrang Barat untuk mengambil ubat anaknya yang sakit pada pagi Selasa.
Setiausaha kampung Iyang memberitahu portal tvOnenews bahawa perjalanan wanita berkenaan bertukar menjadi tragedi apabila dia diserang oleh ular sawa itu.
"Suaminya menjejaki tapak kakinya dan menemui barang-barang berselerak seperti selipar, beg, dan seluar di tepi jalan, yang berselerak dalam jarak beberapa meter.
Tidak berapa jauh dari situ, ular sawa berkenaan ditemukan dengan perut yang kelihatan buncit. Dia segera meminta bantuan penduduk tempatan untuk meneutralkan ular berkenaan dan mengeluarkan mayat mangsa," kata Iyang.
Suriaty dikenali sebagai seorang suri rumah tangga dan petani yang berdedikasi, meninggalkan lima anak kecil. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditelan ular sawa
#ular sawa enam meter
#wanita ditelan ular
#Sulawesi Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan