awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita kisar uri untuk jadikan 'smoothie', beri suami dan anak minum

Agensi
Agensi
31/03/2018
23:11 MYT
Wanita kisar uri untuk jadikan 'smoothie', beri suami dan anak minum
Jay Woodall, 33 tahun, dari Fleet, Hampshire mendakwa tujuan pengambilan uri itu adalah untuk kesihatan. - Gambar Mirror.co.uk
Seorang wanita menyimpan 'placenta' atau urinya selepas kelahiran anaknya yang keempat sebelum 'dikitar semula' untuk beberapa tujuan.
Ia termasuk dijadikan minuman 'smootie' untuk suami dan anak-anaknya.
Jay Woodall, 33 tahun, dari Fleet, Hampshire mendakwa tujuan pengambilan uri itu adalah untuk kesihatan.
Woodall membayar £30 untuk membawa pulang uri mentahnya itu untuk dijadikan 'smoothie', manakala bahagian lain dikeringkan untuk dijadikan pil kapsul, dengan kos tambahan £150.
Urinya itu dikisar dengan buah beri dan air kelapa untuk dijadikan 'smoothie' sebelum diberi anak dan suaminya minum. - Foto Jay Woodall / SWNS.com
Urinya itu dikisar dengan buah beri dan air kelapa untuk dijadikan 'smoothie' sebelum diberi anak dan suaminya minum. - Foto Jay Woodall / SWNS.com
Hasil perkahwinan bersama suaminya, Jon Woodall, mereka mempunyai empat anak, Logan, 9, Demitrius, 6, River, 4 dan Storm, 7 bulan.
Bagai obses dengan urinya, Woodall juga mengawet tali pusatnya dan dipintal berbentuk tulisan 'love'.
Uri Goodall juga dijadikan cenderamata sebagai tanda kenangan. - Foto Jay Woodall / SWNS.com
Uri Goodall juga dijadikan cenderamata sebagai tanda kenangan. - Foto Jay Woodall / SWNS.com
Biarpun mengakui menerima pelbagai reaksi tentang kelakuannya yang disifatkan 'jijik' itu, Woodall tidak mengendahkannya kerana berpendapat ia adalah hak peribadinya.
"Saya sedia mencuba sesuatu yang baharu jika ia memberi manfaat kepada kesihatan saya, badan saya, dan anak-anak saya," katanya.
Trend makan uri yang diamalkan beberapa dekad lalu, nampaknya telah muncul 'kembali' dan menular ke negara maju seperti Amerika Syarikat kerana dipercayai berkhasiat.
Woodall mendakwa dirinya lebih bertenaga selepas pengambilan urinya itu.
Namun sehingga kini tiada kajian saintifik bagi membuktikan khasiat pengambilan uri dan kesannya.
Bagaimanapun, penggunaan uri dalam produk kecantikan bukanlah perkara baharu kerana dipercayai boleh menjadikan seseorang itu tampak awet muda.
Tetapi untuk makan uri sendiri? Memang loya bila membayangkannya!
Topic Berkaitan
#awet muda
#Fleet
#Hampshire
#Jay Woodall
#kesihatan
#placenta
#simpan uri
#uri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan