awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Malaysia dirogol di India: Polis ada bukti kukuh untuk dakwa tertuduh

Bernama
Bernama
08/06/2014
13:15 MYT
Wanita Malaysia dirogol di India: Polis ada bukti kukuh untuk dakwa tertuduh
POLIS: Insiden itu merupakan rogol yang dirancang terlebih dahulu.
Ketidakhadiran wanita warga Malaysia yang menjadi mangsa rogol di Jaipur, India, tidak akan menjejaskan pendakwaan suspek bukti yang kukuh telah diperoleh untuk mendakwanya.
"Ketidakhadiran mangsa tidak memberi kesan apa-apa kesan kepada pendakwaan.
Kami telah merakamkan kenyataan mangsa di hadapan majistret di bawah seksyen 164 CrPC (Merakamkan pengakuan dan kenyataan) sebelum beliau kembali ke Malaysia," menurut seorang pegawai polis seperti dipetik dalam laporan akhbar 'The Times of India'.
Mangsa berusia 30 tahun itu telah berkali-kali menceritakan insiden itu di hadapan majistret betul-betul seperti yang beliau beritahu kepada polis, kata pegawai polis itu.
Menurut laporan, polis telah menjumpai kesan air mani dalam kereta yang mangsa mendakwa dia dirogol dan polis juga merampas senjata yang dikatakan digunakan oleh suspek untuk mengugut mangsa.
Sebuah botol minuman ringan yang tertuduh memasukkan dadah supaya mangsa tidak sedarkan diri juga telah dijumpai.
Pihak berkenaan juga masih menunggu laporan perubatan dan forensik, menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu.
Polis berkata mangsa tidak dapat memberitahu lokasi tepat, tempat dia dirogol kerana suspek memandunya di sekitar kawasan yang beliau langsung tidak ketahui.
Polis akan cuba mengesahkan ini daripada suspek yang kini ditahan reman sehingga esok.
Menurut pegawai polis, berdasarkan bukti yang diperoleh oleh polis, insiden itu merupakan rogol yang dirancang terlebih dahulu.
Walaupun sebelum suspek membawa mangsa ke hotel untuk makan malam bersamanya, dia berniat untuk memasukkan dadah dalam minuman dan merogolnya.
"Kami telah menjumpai beberapa bukti yang tidak ragu-ragu lagi untuk membuat andaian bahawa dia merogol mangsa. Hakikat bahawa suspek membawa senjata memperkukuhkan lagi teori bahawa dia merancangnya terlebih dahulu," kata pegawai polis itu.
Topic Berkaitan
#Amandeep Singh
#Bhilwara
#Malaysia
#rogol
#Times of India
#urusan perniagaan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan