ISTANBUL: Wanita berusia 23 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah apartment ketika asyik membuat rakaman video untuk platform media sosial TikTok, di Istanbul, Turki pada Jumaat.

Detik-detik kematian Kubra Dogan dirakam sepupunya, lapor Agensi Anadolu.

Dogan dan sepupunya Helen naik ke bumbung apartment itu untuk melihat dan merakam matahari terbenam.

Mangsa dipercayai terjatuh daripada ketinggian 50 meter selepas memijak panel plastik.

Pasukan perubatan dan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik merima panggilan kecemasan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

-- BERNAMA