awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita terkejut, tak sedar tidur bertemankan ular sawa

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2018
04:08 MYT
Wanita terkejut, tak sedar tidur bertemankan ular sawa
Seorang wanita mendapat kejutan paling menakutkan dalam hidupnya, apabila beliau bangun dari tidur dan mendapati sedang berkongsi katilnya dengan seekor ular sepanjang 90 sentimeter. -Gambar hiasan/Pixabay
Seorang wanita mendapat kejutan paling menakutkan dalam hidupnya, apabila beliau bangun dari tidur dan mendapati sedang berkongsi katilnya dengan seekor ular sepanjang 90 sentimeter.
Ular sawa itu yang dipercayai seekor haiwan peliharaan yang terlepas, melingkar di sebelahnya ketika beliau sedang tidur di flatnya di Kensington, kawasan barat London, baru-baru ini.
Wanita itu bergegas keluar dari biliknya dan menelefon Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSPCA) tetapi ular tersebut menyelinap keluar sebelum mereka tiba.
Ular yang tidak berbahaya itu akhirnya ditangkap di dalam flat keesokan harinya oleh pegawai Jill Sanders.
RSPCA menyatakan ia tidak tahu bagaimana ular itu masuk ke dalam flat tetapi percaya ia adalah milik seseorang yang tinggal berdekatan.
"Reptilia, terutamanya ular, boleh meloloskan diri dengan sangat baik dan akan mengambil peluang sekiranya ada pembukaan kecil pada pintu atau penutup yang longgar," tambah Sanders. - Agensi
Topic Berkaitan
#90 sentimeter
#haiwan peliharaan
#Jill Sanders
#Kensington
#Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan
#RSPCA
#ular sawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan