awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita tersekat celah dinding ketika cuba selamatkan kucing

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2023
01:00 MYT
Wanita tersekat celah dinding ketika cuba selamatkan kucing
Mangsa terperangkap dalam ruang sedalam 20m dicelah dinding antara dua rumah. - Foto agensi
HANOI: Tindakan seorang wanita cuba menyelamatkan kucingnya membawa padah apabila dia terperangkap di celah dinding dalam kejadian di Vietnam baru-baru ini.
Nguyen Thi Thanh Hoa, 32, terperosok di celah ruang sedalam 20 meter (m) dan berkeluasan 30 sentimeter (sm) antara dua rumah di Daerah 10 dekat Bandaraya Ho Chi Minh.
Wanita itu memberitahu dia turun ke dalam ruang tersebut menggunakan seutas tali yang diikat pada tubuhnya namun ia terputus menyebabkannya tergelincir.
Dia terperangkap di dalam ruang yang sempit dan dalam keadaan panik cuba menjerit meminta pertolongan tetapi jeritannya tidak didengari jiran-jiran.
“Selepas bertenang saya mencapai telefon bimbit di poket seluar dan terus menghubungi talian kecemasan 114,” katanya.
Sementara itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat Ho Chi Minh mengambil masa hampir setengah jam bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa masih sedar namun dalam keadaan lemah,” kata Kapten Panh Cong Hanh.
Thanh Hoa dikejarkan ke hospital dan kucingnya dilaporkan keluar sendiri dari ruang sempit tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#tersekat celah dinding
#selamatkan kucing
#tergelincir
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan