SINGAPURA: Seorang lelaki Afrika Selatan berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 bulan pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport) (ESA) kerana transit di Singapura dengan tanduk badak sumbu tanpa permit yang sah.
"Ia adalah hukuman paling berat yang dijatuhkan di Singapura setakat ini bagi kes yang melibatkan penyeludupan bahagian hidupan liar," menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan.
Pada 4 Okt 2022, NParks merampas 20 tanduk badak sumbu yang diseludup melalui Lapangan Terbang Changi Singapura.
Bahagian keselamatan lapangan terbang dan Unit K9 NParks mengesan dan memeriksa dua bagasi dan menemui 34.7 kg tanduk badak sumbu, dengan anggaran nilai borong kira-kira S$1,200,140.79 (AS$843,210).
Tertuduh, Gumede Sthembiso Joel, yang dalam perjalanan dari Afrika Selatan ke Laos melalui Singapura, ditahan dan NParks merampas tanduk badak sumbu itu.
Semasa siasatan, NParks dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura dan INTERPOL, menugaskan pegawai mereka ke Afrika Selatan untuk membuat siasatan lanjut dan memperoleh analisis bukti.
Siasatan bersama pelbagai negara itu meunjukkan bahawa tertuduh bersama seorang lagi warga Afrika Selatan, Jaycee Israel Marvatona, yang diketahui tertuduh terlibat dalam perdagangan haram tanduk badak sumbu.
Pada atau sebelum September 2022, Jaycee meminta tertuduh mengangkut tanduk badak dari Afrika Selatan ke Laos melalui Singapura.
Tertuduh bersetuju berbuat demikian dan sebagai balasan, dia mendapat tiket penerbangan dan wang tunai daripada Jaycee.
Pada pagi 3 Okt 2022, tertuduh mematuhi arahan Jaycee dan terus mendaftar masuk bagasi sebelum menaiki penerbangan ke Singapura.
Selepas pemeriksaan oleh Pusat Forensik Hidupan Liar NParks, 18 tanduk dikenal pasti daripada 15 Badak Putih berbeza (Ceratotherium simum), manakala baki dua tanduk dikenal pasti daripada seekor Badak Hitam (Diceros bicornis)
Badak sumbu adalah spesies yang dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) dan perdagangan antarabangsa tanduk badak adalah dilarang.
Di bawah ESA, penalti bagi pemilikan spesies Lampiran I berjadual CITES yang transit melalui Singapura tanpa permit CITES yang sah boleh didenda tidak melebihi S$50,000 bagi setiap spesies berjadual dalam transit di Singapura (tidak melebihi S$500,000) dan atau penjara sehingga dua tahun.
Singapura adalah penandatangan CITES.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Tertuduh, Gumede Sthembiso Joel, yang dalam perjalanan dari Afrika Selatan ke Laos melalui Singapura, ditahan dan NParks merampas tanduk badak sumbu itu. - Gambar Bernama
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
Perolehan dagangan Rusia-China catat rekod baharu AS$240 bilion
Putin berkata, jumlah perdagangan keseluruhan secara tepat mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga Afrika Selatan dipenjara 24 bulan di Singapura kerana seludup 34.7 kg tanduk badak sumbu
Seorang lelaki Afrika Selatan berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 bulan pada Jumaat selepas mengaku bersalah kerana transit di Singapura dengan tanduk badak sumbu tanpa permit yang sah.
Singapura: Tanduk badak sumbu disita, rampasan terbesar setakat ini
Bahagian keselamatan lapangan terbang dan unit K9 mengesan 34 kilogram tanduk badak di dalam dua buah bagasi.