awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon

Bernama
Bernama
16/05/2024
09:20 MYT
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Menurut Ewon, aduan mengenai perkara itu telah diterima dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca serta asas perkara berkenaan timbul. - Foto Bernama
SEPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
Beliau berkata aduan mengenai perkara itu telah diterima dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca serta asas perkara berkenaan timbul.
"Dalam siasatan...saya terima aduan dan siasatan sedang dijalankan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian JEJAK di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kg Hulu Chuchoh di sini hari ini.
Semalam, dilaporkan Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) yang menawarkan pinjaman sehingga RM200,000 kepada kakitangan awam kini dibelenggu dakwaan peminjamnya disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Left Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata pihaknya telah berhubung dengan Kowamas dan mereka memberi kerjasama yang baik.
Ahmad Norihan berkata beliau dengan Pengerusi Eksekutif SKM Rusli Jaafar sedang meneliti punca dan permasalahan sebelum tindakan sewajarnya diambil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peminjam koperasai disenarai hitam
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#Ewon Benedick
#sudah melangsaikan hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan