awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemui mati, mayat dimakan kucing peliharaan

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2021
02:06 MYT
Warga emas ditemui mati, mayat dimakan kucing peliharaan
Laporan bedah siasat menunjukkan wanita berkenaan meninggal dunia akibat sakit tua sekurang-kurangnya sebulan sebelum mayatnya ditemui. - Gambar hiasan
MISTERI bau busuk di sebuah pangsapuri terjawab apabila polis Sepanyol menemui mayat seorang wanita warga emas yang sudah reput pada Isnin.
Menurut laporan akhbar El Mundo, wanita berkenaan dikenal pasti sebagai Clara Ines Tobon, 79, dari Madrid.
Lebih menyedihkan apabila sebahagian mayatnya didapati telah dimakan oleh kucing miliknya.
Hanya dua daripada lima kucing miliknya masih hidup ketika pihak berkuasa memeriksa kediaman mangsa.
Wanita berkenaan yang berasal dari Colombia dikatakan tidak pernah berkahwin dan menetap di pangsapuri berkenaan sendirian.
Menurut jiran, mereka sering terhidu bau kurang menyenangkan dari rumah wanita berkenaan disebabkan jumlah kucing yang dipelihara warga emas itu.
Namun mereka berasa pelik apabila terhidu bau yang disifatkan sebagai "sangat kuat".
Rekod hospital menunjukkan wanita berkenaan mengalami sindrom Diogenes yang sering dihidapi warga emas yang tinggal sendirian.
Laporan bedah siasat menunjukkan wanita berkenaan meninggal dunia akibat sakit tua sekurang-kurangnya sebulan sebelum mayatnya ditemui.
Dia dilaporkan tidak keluar dari rumah sejak jatuh sakit tahun lepas dan beberapa jiran percaya dia telah dijangkiti virus COVID-19.
Bedah siasat yang dijalankan ke atas kucing miliknya mendapati haiwan berkenaan mati akibat kebuluran.
Topic Berkaitan
#mayat
#warga emas
#kucing
#reput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan