awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut diserang anjing pitbull

Agensi
Agensi
20/09/2022
08:26 MYT
Warga emas maut diserang anjing pitbull
Kanak-kanak berusia 12 tahun itu sempat menyelamatkan diri dan berlindung di rumah jiran sebelum dibawa ke hospital kanak-kanak. - Gambar hiasan/Unsplash
DENVER: Seorang wanita berusia 89 tahun maut selepas diserang dua ekor anjing baka ‘pitbull’ di kediamannya di Denver Barat, Amerika Syarikat minggu lalu.
Memetik laporan Hindustan Times, turut bersama sewaktu kejadian adalah seorang cucu mangsa berusia 12 tahun yang turut mengalami kecederaan selepas diserang.
Pihak polis yang diarahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan, pada awalnya menemukan kesan darah sebelum memeriksa halaman belakang rumah mangsa dan mendapati terdapat dua ekor anjing pitbull sedang menggigit mangsa.
Anggota polis kemudian bertindak menembak haiwan terbabit menggunakan senapang pegun dan senapang patah namun serangan haiwan itu masih tidak dapat dileraikan sehingga memaksa beberapa anggota polis lain tiba menghulurkan bantuan.
Dalam pada itu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu sempat menyelamatkan diri dan berlindung di rumah jiran sebelum dibawa ke hospital kanak-kanak.
Pihak penguasa bandar Golden memaklumkan wanita itu meninggal dunia pada Ahad manakala cucu lelakinya telah dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan.
Pihak berkuasa turut memaklumkan kedua-dua ekor anjing berkenaan telah dimatikan.
Sehingga kini, kedua-dua nama mangsa masih belum didedahkan.
Topic Berkaitan
#Denver
#warga emas
#Kanak-kanak
#maut digigit Pitbull
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan