ANKARA: Peratusan populasi warga emas di dunia dijangka meningkat dua kali ganda sehingga 1.5 bilion adalah terdiri mereka berusia lebih 65 tahun menjelang 2050, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Orang berusia 60 tahun dan ke atas merangkumi 12.3 peratus daripada populasi dunia dan pada 2050 jumlah itu dijangka meningkat hampir 22 peratus.
"Peningkatan mendadak diramalkan di negara-negara paling kurang maju, jumlah orang berusia 65 tahun ke atas meningkat daripada 37 juta pada 2019 menjadi 120 juta pada 2050 (225 peratus).
"Semua wilayah akan melihat peningkatan penduduk warga emas antara 2019 dan 2050. Peningkatan terbesar (312 juta) diunjur di Asia Timur dan Tenggara, meningkat daripada 261 juta pada 2019 menjadi 573 juta pada 2050," lapor Agensi Anadolu memetik UN Population Fund.
Sementara peningkatan terpantas di utara Afrika dan Asia Barat, kenaikan dijangka lebih rendah di Australia, New Zealand, Eropah dan Amerika Utara.
Pada 1990, PBB menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dan taraf hidup sosial golongan itu.
Tema tahun ini, 'Digital Equity for All Ages' bertujuan menyedarkan dunia mengenai perlunya akses dan penyertaan warga emas dalam dunia digital.
"Warga emas sering dibiarkan terasing semasa pandemik. Mereka juga berisiko besar menjadi mangsa ancaman jenayah siber.
"Kita perlu berusaha untuk meingkatkan kemahiran digital dalam kalangan warga emas untuk kesejahteraan mereka," kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
Justeru beliau menyeru "dasar, strategi dan tindakan lebih inklusif diperlukan untuk mencapai persamaan digital untuk semua peringkat umur."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021

Warga emas sering dibiarkan terasing semasa pandemik. Mereka juga berisiko besar menjadi mangsa ancaman jenayah siber. - Gambar hiasan
LIMA’25: Bermula dengan aksi udara mengagumkan oleh TUDM
Persembahan udara yang dimulakan tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM dan tiga pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula secara rasmi hari ini.
LIMA'25: PM Anwar rasmi segmen maritim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merasmikan segmen Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang diadakan di Resort World Langkawi.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Malaysia seru dunia Islam proaktif bentuk hala tuju teknologi global
Malaysia berpendirian dunia Islam perlu mengambil pendekatan proaktif dalam membentuk hala tuju teknologi sejagat khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Agenda AWANI: Pemilihan PKR 2025 | Hiruk vs Damai, Yang Mana Jadi Pilihan?
Pemilihan PKR 2025 dilihat semakin panas. Namun antara 'Hiruk VS Damai' adakah ini menandakan krisis kepimpinan masa depan dalam PKR? Atau ia sebagai satu proses kematangan politik dan bukti demokrasi dalam parti yang sihat? Diskusi 8.30 malam
LIMA'25: Platform pengukuhan kerjasama diplomatik dan pertahanan
LIMA 2025 bukan sahaja medan pameran teknologi, tetapi juga platform membina kerjasama startegik yang berimpak tinggi.
Tampil dengan format baharu, babitkan enam siri GP
CelcomDigi STL 2025 akan membuka tirai dengan STL divisyen 1 di Stadium Sukpa, Pahang.
Universiti bukan lagi tempat selamat?
Gangguan seksual- bukan isu yang kecil. Apakah mekanisme sedia ada benar-benar melindungi mereka?
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
JPN ambil serius siasatan EAIC, gariskan lima tindakan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil serius hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan menggariskan lima tindakan yang akan dan sedang diambil susulan hasil siasatan itu.
Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
Pemandu lori yang terlibat menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Selasa atas pertuduhan memindahkan harta curi, iaitu dua ekor lembu, bulan lalu.

PGA gagalkan cubaan seludup tanaman hiasan di Pasir Mas dan Tumpat
PGA menggagalkan cubaan menyeludup masuk tanaman hiasan dari negara jiran selepas menahan dua lori berasingan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Pasir Mas dan Tumpat, Ahad lepas.

Suri rumah rugi RM150,000 diperdaya sindiket tawaran kerja
Seorang suri rumah kerugian RM158,498.89 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud secara dalam talian, awal bulan ini.

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Ipoh
Seorang warga emas rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Lorong Tebing Tinggi 2, Kampung Tebing Tinggi awal pagi tadi.

Jabatan Penjara Malaysia fokus laksanakan agenda Reformasi Penjara
Menjangkau usia 235 tahun pada tahun ini, pelaksanaan agenda Reformasi Penjara menjadi fokus utama Jabatan Penjara Malaysia.

Warga emas ditahan pukul, baling kucing
Seekor kucing peliharaan cedera dipercayai dipukul dan dibaling ke kawasan rumah tidak berpenghuni oleh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di Taman Yayasan, Buloh Kasap pada Selasa.

PBB beri amaran 2.1 juta penduduk Gaza berhadapan kebuluran akibat sekatan
OCHA menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan.

Wanita warga emas rugi RM680,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud
Pesara syarikat swasta berusia 60 tahun itu membuat laporan polis selepas diperdaya oleh aplikasi pelaburan dalam talian 'Silver Peak Capital'.

Perokok, lelaki warga emas antara tertinggi hidap tibi di Pulau Pinang
Kesan buruk terhadap sistem pernafasan disebabkan tabiat merokok menjadikan individu dalam kumpulan itu lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Desakan memperkenal Rang Undang-Undang Warga Emas semakin kuat - Lee Lam Thye
Menjelang 2030, sebanyak 15 peratus daripada jumlah penduduk negara dijangka berusia 60 tahun ke atas.

Pulau Pinang kaji semula i-Sejahtera
Pulau Pinang sedang menjalankan kajian dan semakan semula terhadap Program i-Sejahtera bagi memastikan program itu mencapai sasarannya.

Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restoran makanan segera
Seorang wanita warga emas cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh sebuah restoran makanan segera di Sitiawan, kira-kira 76 kilometer (km) dari sini, malam ini.