Skip to main content

Dunia

Warga Latvia keluar mengundi bagi memilih Ahli Parlimen baharu

Parlimen Latvia yang mempunyai 100 kerusi, dikenali sebagai Saeima, dipilih setiap empat tahun menerusi sistem perwakilan berkadar senarai parti. - Gambar AP
Parlimen Latvia yang mempunyai 100 kerusi, dikenali sebagai Saeima, dipilih setiap empat tahun menerusi sistem perwakilan berkadar senarai parti. - Gambar AP

Advertisement

LONDON: Rakyat Latvia keluar mengundi pada Sabtu  bagi memilih 100 Ahli Parlimen untuk tempoh perkhidmatan empat tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pusat mengundi dibuka pada 8 pagi waktu tempatan (0500 GMT) dan dijadualkan ditutup pada 8 malam (1700 GMT).

Parlimen Latvia yang mempunyai 100 kerusi dikenali sebagai Saeima, dipilih setiap empat tahun menerusi sistem perwakilan berkadar senarai parti.

Pada pilihan raya terdahulu yang diadakan pada 1 Okt 2022, parti New Unity pimpinan Krisjanis Karins memenangi 16 kerusi dan membentuk gabungan bersama United List dan National Alliance.

Menurut pihak berkuasa Latvia, kurang daripada 400,000 orang telah membuang undi setakat 11 pagi GMT, dengan peratusan keluar mengundi mencatatkan 25 peratus.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement